I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 25, 2011

Sehari di Terengganu















Cuti telah berakhir, kami sekeluarga menghantar Fitri kembali ke asrama di SBPI Bt Rakit, Terengganu. Kami memulakan perjalanan dari Kuantan, jam 6.30 pagi, agak lewat daripada biasa.
Berhenti Makan di Lapangan Masjid Universiti Sultan Zainal sebelum meneruskan perjalanan ke SBPI Bt Rakit . Setelah semua urusan selesai, kami bertolak pulang semula ke Kuantan jam 3.00 petang. Sempat singgah di pantai Kelulut dan pantai Kemasik untuk rehat sekejap. Sampai di rumah lebih kurang jam 9.00 malam.

Saturday, May 28, 2011

PANDAN TAHUN ENAM 2010

FORMAT MENJAWAB KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU ( KERTAS 2)


FORMAT MENJAWAB KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU
( KERTAS 2)

1.  Kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.Pelajar diwajibkan menjawab ketiga-tiga bahagian soalan ini.
2.  Bahagian A ialah soalan yang berdasarkan kepada rangsangan bahan grafik.
3.  Bahagian B terdiri daripada pilihan soalan  karangan
4.  Bahagian C pula terdiri daripada soalan berbentuk mengulas pengajaran atau nilai murni berdasarkan  petikan
5.  Masa yang diperuntukkan untuk kertas soalan Bahasa Melayu                     
( Kertas 2 ) ini ialah 1 jam 15 minit.

PENGENALAN Bahagian A ( rangsangan bahan grafik)

1.   Dalam Bahagian A, pelajar di beri satu soalan berpandukan bahan grafik.
2.   Masa yang dicadangkan  untuk menjawab soalan bahagian A  ini ialah 15 minit
3.   Pelajar dikehendaki membina lima ayat aktiviti atau situasi berpandukan bahan grafik.
4.   Bahagian  A ini menggunakan pelbagai jenis bahan grafik untuk dijadikan bahan pengujian, antaranya ialah gambar tunggal, gambar bersiri, gambar berpandu, graf, carta,  jadual, ataupun peta.
5.   Bentuk soalan yang dikemukakan biasanya seperti
-      Tulis  lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
-      Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar
-      Tulis lima ayat lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
-      Tulis lima ayat berdasarkan jadual di bawah
-      Tulis lima ayat berdasarkan carta di bawah.
6.   Pelajar tidak dibenarkan menulis lebih daripada 5 ayat
7.   Pelajar perlu memerhatikan dengan teliti dan memastikan aktiviti atau situasi yang terdapat dalam bahan grafik yang disediakan.
8.   Pelajar perlu menulis ayat berpandukan yang tersurat atau yang terdapat dalam gambar sahaja. Mereka perlu mengelakkan daripada menulis perkara yang tersirat atau memberi pendapat.
9.   Untuk mendapat markah yang cemerlang, pelajar perlu menulis ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik serta mengelakkan daripada melakukan terlalu banyak  kesalahan tatabahasa.




PENGENALAN Bahagian B ( PENULISAN )
1.   Dalam Bahagian B, pelajar diberi tiga soalan karangan iaitu soalan 1, Soalan 2 dan Soalan 3.
2.   Pelajar dikehendaki memilih dan menulis hanya satu karangan sahaja, sama ada soalan 1 atau soalan 2 atau soalan 3.
3.   Masa yang dicadangkan  untuk menjawab soalan bahagian B  ini ialah 40 minit.
4.   Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
5.   Pelajar dicadangkan menulis dalam enam perenggan, iaitu
-      Pengenalan
-      Isi satu
-      Isi dua
-      Isi tiga
-      Isi empat
-      Penutup
6.   Pelajar perlu membaca ketiga-tiga soalan, memahami kehendak soalan, format karangan, sebelum mula menulis karangan.
7.   Pastikan pelajar memilih soalan yang mereka benar-benar tahu.Setelah itu,menggaris klu soalan dan menulis rangka karangan.isi karangan yang ditulis perlu ada huraian, keterangan  dan diikuti oleh contoh yang sesuai.
8.   Selepas selesai menulis bahagian B, pelajar perlu menyemak bagi memastikan isi karangan, huraian, keterangan dan contoh yang diberi menepati kehendak soalan serta membaiki sebarang kesalahan tatabahasa. 


PENGENALAN Bahagian C ( ULASAN)

1.  1.Dalam Bahagian C, pelajar dikehendaki mengulas petikan 
2.  2.Masa yang dicadangkan  untuk menjawab soalan bahagian C  ini ialah 20 minit.
3. 3. Pelajar perlu membaca dan memahami  arahan yang diberi berdasarkan bahan rangsangan.
4.  4.Bahan rangsangan yang biasa dikemukan ialah berbentuk petikan cerita, dialog,rencana, berita, laporan, puisi seperti sajak dan pantun dan banyak sebagainya.
5.  5. Bentuk soalan yang biasa dikemukakan ialah:-
-      Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
-      Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
6.  6.Setelah membaca petikan, mereka dikehendaki mengenalpasti atau mentafsirkan  ayat  yang terdapat dalam petikan.
7. 7. Para pelajar dicadangkan mengecam dan mencatatkan sekurang-kurang lima pengajaran atau nilai murni daripada petikan.
8.  8.Berdasarkan tafsiran nilai murni atau pengajaran yang diperolehi daripada petikan, mereka dikehendaki menulis ulasan menggunakan  ayat sendiri.
9.  9.Semua ulasan hendaklah  ditulis dalam satu perenggan. Panjang ulasan mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.




CAKAP AJUK CAKAP PINDAH