I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 21, 2010

PMR oooh PMR

       Tahun ini puteriku menduduki PMR, sebagaimana sebelum ini, aku lebih risau daripada dirinya yang kelihatan bersahaja tanpa ada tanda-tanda keresahan. lebih-lebih lagi dia tinggal di asrama, yang jauh dari pandangan mataku.
       Bak kata suamiku,aku agak keterlaluan dan  aku lebih exam daripada orang nak ambik exam (lucu dan tak logik ayat tu), berbagai pendekatan telah aku buat untuk membantunya dengan harapan dapat membantunya menghadapi exam ini.
Mereka tidak tahu hatiku, impianku dan harapanku untuknya demi masa depannya .
       Walau bagaimanapun aku sentiasa berdoa agar kejayaan bersamanya dan Allah melapangkan dadanya dan hatinya untuk menerima Ilmu tanpa melalaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
       Selamat menghadapi PMR puteriku sayang.Emak sentiasa menyayangimu.

KESABARAN MENEMPUH DUGAAN


Minggu lepas suamiku pulang dari hospital dengan wajah murung. Dia banyak berdiam diri dari berbual dengan kami ahli keluarganya.
Setelah puas dirisik rupa-rupanya ada pengkhabaran baru yang dibawanya pulang dari rawatan susulannya di HTAA. Kini sakit buah pinggangnya telah berada pada tahap ketiga. menurut ceritanya, doktor menyatakan bahawa tahap ketiga adalah satu jangka masa yang amat singkat untuk melangkah ke tahap keempat dan seterusnya tahap kelima.
Doktor sudah membuat perbincangan dengannya untuk menentukan cara homodialisis yang hendak dijalankan terhadap dirinya.
Aku sempat merujuk kepada anak saudaraku yang bertugas sebagai doktor di HUKM Kubang krian. Daripada maklumat yang aku peroleh daripadanya terasa terlalu sukar untuk aku menerima kenyataan ini tetapi apakan daya itu sudah ketentuan tuhan, aku kena hadapinya dengan redha.
Anak-anakku yang empat orang itu aku khabarkan berita ini, aku mahu mereka bersedia dan memahami situasi yang dialami oleh ayah mereka sekarang.
Hanya doa untuk suamiku agar dia tabah menghadapi dugaan tuhan ini. juga peringatan untuk diriku semoga aku tabah dan bersedia menerima kenyataan ini dan kuat demi anak-anakku. Semoga kami tidak bersendirian dan sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha pengasih.