I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 19, 2010

Catatan Penghujung 2010

2010 hampir melabuhkan tirainya dan mentari 2011 bakal memancarkan sinar tidak lama lagi. Begitu juga cuti persekolahan akhir tahun juga hampir ke penghujung.
Mesyuarat pertama sekolahku akan bermula 20/12, maka bermulalah kembali perjuanganku bersama murid-murid baruku.
Walaupun sepanjang cuti, sempat aku membuat beberapa persediaan untuk mereka tetapi aku masih tidak dapat  meneka 'iklim' pelajar baruku bagi menentukan pendekatan yang perlu aku guna untuk mengajar mereka. Namun Insya-Allah aku akan berusaha demi masa depan mereka sebagaimana aku buat untuk murid-muridku sebelum ini.
Selamat kembali ke sekolah murid-muridku,

Friday, August 6, 2010

KATA GANDA

Sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tahap satu dan dua sekolah rendah

Wednesday, July 21, 2010

PMR oooh PMR

       Tahun ini puteriku menduduki PMR, sebagaimana sebelum ini, aku lebih risau daripada dirinya yang kelihatan bersahaja tanpa ada tanda-tanda keresahan. lebih-lebih lagi dia tinggal di asrama, yang jauh dari pandangan mataku.
       Bak kata suamiku,aku agak keterlaluan dan  aku lebih exam daripada orang nak ambik exam (lucu dan tak logik ayat tu), berbagai pendekatan telah aku buat untuk membantunya dengan harapan dapat membantunya menghadapi exam ini.
Mereka tidak tahu hatiku, impianku dan harapanku untuknya demi masa depannya .
       Walau bagaimanapun aku sentiasa berdoa agar kejayaan bersamanya dan Allah melapangkan dadanya dan hatinya untuk menerima Ilmu tanpa melalaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
       Selamat menghadapi PMR puteriku sayang.Emak sentiasa menyayangimu.

KESABARAN MENEMPUH DUGAAN


Minggu lepas suamiku pulang dari hospital dengan wajah murung. Dia banyak berdiam diri dari berbual dengan kami ahli keluarganya.
Setelah puas dirisik rupa-rupanya ada pengkhabaran baru yang dibawanya pulang dari rawatan susulannya di HTAA. Kini sakit buah pinggangnya telah berada pada tahap ketiga. menurut ceritanya, doktor menyatakan bahawa tahap ketiga adalah satu jangka masa yang amat singkat untuk melangkah ke tahap keempat dan seterusnya tahap kelima.
Doktor sudah membuat perbincangan dengannya untuk menentukan cara homodialisis yang hendak dijalankan terhadap dirinya.
Aku sempat merujuk kepada anak saudaraku yang bertugas sebagai doktor di HUKM Kubang krian. Daripada maklumat yang aku peroleh daripadanya terasa terlalu sukar untuk aku menerima kenyataan ini tetapi apakan daya itu sudah ketentuan tuhan, aku kena hadapinya dengan redha.
Anak-anakku yang empat orang itu aku khabarkan berita ini, aku mahu mereka bersedia dan memahami situasi yang dialami oleh ayah mereka sekarang.
Hanya doa untuk suamiku agar dia tabah menghadapi dugaan tuhan ini. juga peringatan untuk diriku semoga aku tabah dan bersedia menerima kenyataan ini dan kuat demi anak-anakku. Semoga kami tidak bersendirian dan sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha pengasih.

Friday, May 28, 2010

Gambar Sekitar Lawatan ke SMA Al-Maarif





Lawatan Akademik ke SMA Al-Maarif, Kuantan

Pada 26 Mei 2010, 79 orang murid Tahun Enam serta 8 orang guru SK Pandan mengadakan Lawatan Akademik ke SMA Al-Maarif, Bt. Goh Kuantan. Terharu rasa hati menerima sambutan yang diluar jangkaan walaupun ketika itu para pelajarnya sedang menghadapi peperiksaan. Daripada pengawal keselamatan, guru-guru hinggalah kepada Tuan Pengetua , memberi layanan first class kepada kami, tuan Pengetua bersama-sama guru-gurunya turut melapangkan masa bersama kami sepanjang lawatan tersebut.
Kami dibawa melawat bilik darjah, bilik-bilik khas dan asrama putera serta puterinya yang bersih, kemas dan ceria. kagum melihat cara para guru mereka dengan diketuai oleh tuan pengetua mendidik dan membimbing pelajarnya hingga begitu berdisiplin.
Terima kasih tidak terhingga kepada warga SMA Al-Maarif atas kemesraan dan layanan yang didiberikankan , tidak terasa bahawa kami baru sahaja mengenali kalian. Berat hati rasanya untuk meninggalkan sekolah itu tatkala di penghujung lawatan. Semoga kalian sudi lagi menerima kunjungan kami pada tahun akan datang.

Watikah Perlantikan Pengawas


Sambutan Hari Guru




Sambutan hari guru pada 17 Mei 2010. Suasana sungguh meriah, kami para guru diarak dengan kompang. Berbagai-bagai aktiviti yang diadakan.

Monday, March 22, 2010

Projek Yayasan Pahang UPSR 2010



Sesi pendaftaran ibu bapa










Ucapan oleh Guru Besar












Sebahagian daripada ibu atau bapa pelajar yang terpilih bagi Projek Yayasan Pahang UPSR 2010.




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Salah seorang ustazah yang menjadi ahli panel
dalam forum sempena majlis sambutan tersebut.

Murid-murid berselawat beramai-ramai
Guru-guru lelaki mengetuai selawat beramai-ramai.

Sunday, March 21, 2010

Aktiviti Merentas Desa


































Aktiviti merentas desa Sk Pandan, 12 Mac 2010. Berbagai ragam dan aksi yang dipamerkan oleh murid-murid semasa berlari. Namun mereka tetap berjaya menamatkan larian mereka. Tahniah

Tuesday, March 2, 2010

Sepagi di Bt. Rakit












22.2. 2010 bersama Izzah di hadapan rumah rehat di Bt Rakit, Terengganu











Fitri melapor diri di SBPI Batu Rakit Terengganu

Fitri ke Sekolah Baru

Fitri telah ditawarkan ke SBPI Batu Rakit, Terengganu , lapor diri pada 22 Februari, cemas juga aku kerana agak jauh pemergiannya kalau dibandingkan dengan kakaknya itu, tapi aku redha setelah dia sendiri mahu ke sana. Aku dan suami sekali lagi bertemu pengetua SMAATAF, Pekan, kali ini untuk memohon pertukaran Fitri pula, banyak juga prosedur yang perlu kami lalui.
Fitri tampak tenang dan gembira,aku yang cemas, Hanya satu yang ingat, Allah maha kuasa.
Kami bertolak 21 Februari ke Terengganu, sudah 22 tahun aku tidak ke Bt Rakit setelah aku menamatkan pengajianku di MPKTBR (nama lamanya).
Sukar juga kami mencari sekolah itu kerana tidak pernah ke sana. Berpandukan peta dalam internet, kami akhirnya berjaya menjumpainya.
Isnin, kami menghantar Fitri, segala urusan selesai hampir jam 1 petang. Kami meninggalkan Fitri dengan Doa dan Pengharapan untuk dirinya. Belajarlah anakku demi masa depanmu. Janganlah lupa dirimu. Ayah dan ibu akan sentiasa menyokongmu.

Fitri ke Tingkatan 1


Puteri keduaku (Fitri) memulakan alam persekolahan menengahnya di SMA Ampuan Fatimah Pekan.
Pendaftaranya pada 6 Januari 2010. Aku mengambil cuti untuk menghantarnya dan menguruskan sekolah dan asramanya. Dia belajar di kelas 1 Zainab. nampak riak takut dan risau terpamer pada mukanya tapi aku tidak mahu mengikut rentak hatinya itu.
Setelah selesai taklimat penjaga, aku menyusulnya menuju ke bangunan asrama yang terletak di belakang sekolah. Aku membantunya mengemas apa-apa yang patut, telah mula nampak riak ceria pada wajahnya. sempat aku berpesan kepada seorang senior sebiliknya agar tengokkan anakku itu. (rupa-rupa seniornya itu ialah adik sahabatku di SK Pandan) Terima kasih Mimi kerana sudi memberi perhatian kepada Fitri.